Monday, January 31, 2011

Tahniah utk bakal ibu

Ye, dah lama nak post blog pasal ni. Tapi asyik tertangguh. Macam biasa time nak update je, trus mood M.A.L.A.S datang. Hehe.

Last week saya MC. Dan hari MC tu, saya terima berita gembira. 4 org sahabat baik saya bakal menimang cahaya mata yang pertama. 2 org baru saja kawen ujung tahun ari tu. Mmg btol2 rezeki. Kawen je, trus lekat. Alhamdulillah. Saya sgt faham perasaan kawan2 saya ni. Gembira mmg tak terkira. Saya pun tumpang gembira utk kamu semua.

Macam saya dulu, lps 5 bln kawen baru disahkan hamil. Saya bersyukur sangat time tu sbb kami laki bini mmg sangat inginkan zuriat. Pernah sekali kecewa sbb period mmg dah 3 ari lambat. Biasa period memang on time. Kami laki bini berdebar2 + excited (harap +ve). Trus g beli pregnancy test. Beli byk jenis (semangat gila), sampaikan cashier tu pn pelik knp nak beli byk2. Haha. Tapi tu idea En.Suami. Dia yang sruh beli banyak2. Saya plan nak test time pagi esoknya, sbb pernah terbaca satu forum, masa yg paling sesuai utk test adalah pagi. Tp disebabkan ketidaksabaran En.Suami (dah saya juga), ptg tu jgk trus test. En.Suami siap sruh baca doa sblm wat test tu. Keputusannya hampa (-ve). Nak menangis pn ada time tu. Sbb saya terlalu mengharap. En.Suami sruh saya bersabar dan buat lagi test keesokan hari. Dan esoknya, keputusan juga tidak menyebelahi kami. ~ Pasrah~ En.Suami tak bagi lagi saya buat test utk lain kali. Katanya, kalo period lambat pn, tggu sampai perut besar; dh nampak macam ada baby baru buat test. APA??? tunggu perut besar baru buat test? Lawak la u ni. Hehe...

Bulan yg berikutnya, period saya lewat lagi. Lewat 5 hari. Kali ni saya rasa lain macam. Rasa mcm sedikit pening dan loya. Hari sebelum tu, ada rasa mcm sedikit nak pitam. Dan saya bertekad nak buat test. Tapi, saya nak buat senyap2. Tak nak bgtau En.Suami. Kan En.Suami tak bagi buat test tu. Kalo dia tau saya nak buat, mesti dia marah. SABAR katanya. Tapi saya tau En.Suami tak bagi saya buat test sebab takut saya sedih kalo result -ve. Saya plan kalo result -ve, saya akan diamkan saja. Takkan bgtau En.Suami yg saya ada buat test. Kalo +ve?? Mestila dia orang pertama yg saya akan bgtau. Sblm wat test tu, smyg subuh, doa byk2. Moga dimakbulkan doa dan dikurniakan rezeki utk dapat zuriat. Dan resultnya +ve. Saya sgt gembira dan hampir meloncat dalam bilik air. Hehe. Trus kejut En.Suami yang baru saje sambung berlayar lps subuh tadi. Bgtau En.Suami saya dah buat test tu, tapi takut nak tgk result padahal dah tau result, konon2 nak surprise hehe... Hulur guideline kit kat En.Suami sruh dia baca btol2 kalo hamil tandanya macam mana. Lps tu baru suruh g tgk result yg sebenar. Dan saya sgt excited nak tgk reaksi suami. Reaksi beliau? Pandang saya dgn mulut terlopong. 'Dua line yang!!' Hehe.. Saya gelak kuat2 tgk reaksi En.Suami dan saya dpt 1 kiss dr En.Suami. Saya sangat gembira. Dan saya tau suami juga sangat2 gembira utk menimang zuriat kami. Lepas tu baru mengaku yg saya dah tgk result sblm kejut dia.

EL

Bersiaran di rumah..

Hari ni Amsyar demam. Tiba2 je. Semalam ok lagi. Tadi bgn kul6 pg, badan dh panas, 37.8c. Maybe berjangkit dengan En.Suami. En.Suami demam sejak hari Jumaat, smlm plak kena sakit mata. Plan nak pegi keje jgk sbb last week saya dah mc, bengkak susu. Macam tak best plak kalo dis week el plak. Kalo taska call bdn makin panas, baru mintak balik awal. Tp Amsyar meragam gila pagi tadi. Dukung pn nangis2. Bukan merengek, tp nangis yg kuat. En.Suami mmg tak dpt nak pegang Amsyar sbb takut berjangkit sakit mata. Pujuk2 dan tuam dengan ice pack dan kain basah sampai tertido atas dukung. Kesian plak tgk. En.Suami suruh el trus dan bawak g klinik.

Doc bg 2 ubat utk demam dan selsema. Doc cek sume ok. Tekak ok, paru2 ok. Tiada jangkitan virus. Cuma mungkin demam sbb keadaan cuaca or berjangkit dari En.Suami. Skrg demam dah ok. Cek td 36.8c. Tapi still kena bg ubat demam tu sampai btol2 sembuh.

Jadi utk current financial year, total EL saya 2.5 days dan MC 2 days. Harap2 lepas ni takde EL dan MC lagi. Saya mau bonus yg da bomb!

~Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga~

Monday, January 24, 2011

Hari Minggu

Hari Jumaat lepas kerja, terus bergegas balik rumah. Amsyar? En.Suami dah pegi amik Amsyar kt Taska. Sampai rumah, simpan semua stok susu dalam fridge dan bertolak ke Genting. Jalan jem (ye la, time org balik kerja). Kami sampai ke destinasi hampir 7 malam. Kami menginap di Awana Genting. Suasana kt sana best. Kami dapat Deluxe Room dengan 2 queen bed. Boleh tido satu katil sorang.. hehe.. Tak buat apa pn kat sana, just pegi tido semata2. Tak naik kat Genting Theme Park pun. Sebab utama, En.Suami cakap tak elok bawak baby naik atas. Sebab kedua, memang Amsyar tak berapa sihat pn (batuk + selsema). On the way ke Genting, perasan mata Amsyar merah (siap timbul urat mata). Dah risau takut kena sakit mata.

Keesokan paginya, kami sempat pusing2 area hotel. Amik angin pagi sambil exercise kaki. Pusing kawasan golf. Masa nak balik hotel semula, ada orang offer naik buggy golf. Kami tak menolak. Orang offer kan.. Lagipun, memang kaki dah lenguh turun naik bukit pusing area hotel tu. Hehe. Maybe orang tu kesian tengok kami dok kelek baby kot. Lepas check out kul12, terus segera pulang menuju ke Klinik Dr.Zaini. Plan asal nak singgah ke Gombak. Tapi tak jadi. Sebabnya Klinik Dr.Zaini tutup pukul 3 ptg. Takut tak sempat kalo singgah Gombak. Dr.Zaini sahkan Amsyar bukan sakit mata, tapi selsema yang menyebabkan mata dia merah. Lega. So, kena monitor keadaan selsema dia and lap mata selalu.

Malam tadi, kami anak beranak tido seawal jam 9 malam. Sebabnya?? Si kecik Amsyar dah bangun seawal jam 6 pagi semalam. Siap ajak sembang lagi. Kalo tak dilayan, merengek la.. Setelah itu, kami laki bini buat keputusan utk keluar breakfast awal @Pasar Tani, Stadium Malawati Shah Alam. Dah siap isi perut, terus balik umah mandikan + tidokan Amsyar. Kemudian, kami seharian berhempas pulas kemas umah dan setelkan apa yg patut. Dan akhirnya, kami tumpas awal malam tadi.

Dan pagi ni, saya bangun jam 5 pagi utk operasi mengepam stok utk hari ni. Hasil pagi ni? Hanya 3oz yg dpt. Campur yg pam pagi smlm 9oz, total baru 12oz. Lagi 6oz kena amik dari stok beku. Lately, hasil sangat merundum dan Amsyar plak demand lagi byk. Biasa minum 4-5 botol, skrg consume 6 botol. Saya tersangatlah risau. Takut tak sempat nak kejar demand Amsyar.

Ok la. Setakat ni dulu cerita saya. Nak g mandi dan bersiap ke tempat kerja.

Thursday, January 20, 2011

2nd post!!

3 week passed...

Ye... azam tahun ni nk ada blog, nak update blog slalu....

Tapi dh 3 minggu, baru ada post yang ke2... bukan tiada masa.... tapi time nak update blog, time tu la mood malas dtg... haish!!

Skrg dh pukul 3pagi... ye, saya belom tido.. hari cuti mcm ni la kalo nak jadi burung hantu.. kalo hari keje, confirm kul8 mlm dah masuk beradu..

Hari ni cuti Thaipusam... tak payah g kerja.. yeay!! Apa plan siang nanti? blom dibincangkan lagi dgn En.Suami. Tp dlm kepala otak macam nak g ikea. Itupn kalo En.Suami setuju utk ke sana... dan sy perlu pack baju utk percutian satu malam ke Genting ujung minggu ni... (jauh la sgt tmpt percutian, hehe).. tp saya suka... sbb dpt voucher penginapan percuma kt sana.. Ekceli, En.Suami dpt voucher utk 2 mlm, tapi kami hanya akan pergi utk satu malam sahaja disebabkan ada urusan lain pada hari berikutnya..

Amsyar??
Amsyar buah hati, masam masin saya... baru lps baik demam because of injection utk 5 bln jumaat lps... selsema pn dah takde... tapi.... sejak semalam, macam dh start batuk plak... hari ni mcm lagi teruk.. batuk berkahak... huhu.. tapi skrg mmg musim batuk + selsema... dan dgr khabar kes H1N1 timbul balik.. mintak jauh la dari sume2 penyakit berbahaya tu...

Saturday, January 1, 2011

~pErAsMian~

Dengan lafaz bismillah...

Saya merasmikan blog pertama saya..

Ameen...