Monday, January 31, 2011

EL

Bersiaran di rumah..

Hari ni Amsyar demam. Tiba2 je. Semalam ok lagi. Tadi bgn kul6 pg, badan dh panas, 37.8c. Maybe berjangkit dengan En.Suami. En.Suami demam sejak hari Jumaat, smlm plak kena sakit mata. Plan nak pegi keje jgk sbb last week saya dah mc, bengkak susu. Macam tak best plak kalo dis week el plak. Kalo taska call bdn makin panas, baru mintak balik awal. Tp Amsyar meragam gila pagi tadi. Dukung pn nangis2. Bukan merengek, tp nangis yg kuat. En.Suami mmg tak dpt nak pegang Amsyar sbb takut berjangkit sakit mata. Pujuk2 dan tuam dengan ice pack dan kain basah sampai tertido atas dukung. Kesian plak tgk. En.Suami suruh el trus dan bawak g klinik.

Doc bg 2 ubat utk demam dan selsema. Doc cek sume ok. Tekak ok, paru2 ok. Tiada jangkitan virus. Cuma mungkin demam sbb keadaan cuaca or berjangkit dari En.Suami. Skrg demam dah ok. Cek td 36.8c. Tapi still kena bg ubat demam tu sampai btol2 sembuh.

Jadi utk current financial year, total EL saya 2.5 days dan MC 2 days. Harap2 lepas ni takde EL dan MC lagi. Saya mau bonus yg da bomb!

~Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga~

No comments: