Monday, January 24, 2011

Hari Minggu

Hari Jumaat lepas kerja, terus bergegas balik rumah. Amsyar? En.Suami dah pegi amik Amsyar kt Taska. Sampai rumah, simpan semua stok susu dalam fridge dan bertolak ke Genting. Jalan jem (ye la, time org balik kerja). Kami sampai ke destinasi hampir 7 malam. Kami menginap di Awana Genting. Suasana kt sana best. Kami dapat Deluxe Room dengan 2 queen bed. Boleh tido satu katil sorang.. hehe.. Tak buat apa pn kat sana, just pegi tido semata2. Tak naik kat Genting Theme Park pun. Sebab utama, En.Suami cakap tak elok bawak baby naik atas. Sebab kedua, memang Amsyar tak berapa sihat pn (batuk + selsema). On the way ke Genting, perasan mata Amsyar merah (siap timbul urat mata). Dah risau takut kena sakit mata.

Keesokan paginya, kami sempat pusing2 area hotel. Amik angin pagi sambil exercise kaki. Pusing kawasan golf. Masa nak balik hotel semula, ada orang offer naik buggy golf. Kami tak menolak. Orang offer kan.. Lagipun, memang kaki dah lenguh turun naik bukit pusing area hotel tu. Hehe. Maybe orang tu kesian tengok kami dok kelek baby kot. Lepas check out kul12, terus segera pulang menuju ke Klinik Dr.Zaini. Plan asal nak singgah ke Gombak. Tapi tak jadi. Sebabnya Klinik Dr.Zaini tutup pukul 3 ptg. Takut tak sempat kalo singgah Gombak. Dr.Zaini sahkan Amsyar bukan sakit mata, tapi selsema yang menyebabkan mata dia merah. Lega. So, kena monitor keadaan selsema dia and lap mata selalu.

Malam tadi, kami anak beranak tido seawal jam 9 malam. Sebabnya?? Si kecik Amsyar dah bangun seawal jam 6 pagi semalam. Siap ajak sembang lagi. Kalo tak dilayan, merengek la.. Setelah itu, kami laki bini buat keputusan utk keluar breakfast awal @Pasar Tani, Stadium Malawati Shah Alam. Dah siap isi perut, terus balik umah mandikan + tidokan Amsyar. Kemudian, kami seharian berhempas pulas kemas umah dan setelkan apa yg patut. Dan akhirnya, kami tumpas awal malam tadi.

Dan pagi ni, saya bangun jam 5 pagi utk operasi mengepam stok utk hari ni. Hasil pagi ni? Hanya 3oz yg dpt. Campur yg pam pagi smlm 9oz, total baru 12oz. Lagi 6oz kena amik dari stok beku. Lately, hasil sangat merundum dan Amsyar plak demand lagi byk. Biasa minum 4-5 botol, skrg consume 6 botol. Saya tersangatlah risau. Takut tak sempat nak kejar demand Amsyar.

Ok la. Setakat ni dulu cerita saya. Nak g mandi dan bersiap ke tempat kerja.

No comments: