Monday, March 7, 2011

Jika Emosi Tidak Stabil Maka Penghasilan Susu Akan Turut Merundum

Sabtu...
Tiba2 mood rajin datang membuak2. Seharian kemas dan bersih rumah. Berkilat2 gitu. Hehe. Mujur ada En.Suami yang tolong tengokkan Amsyar. Amsyar kena monitor 24 jam. Sangat lasak. Rekod terkini; 3 kali jatuh dari tempat tidur. Huhu..

Tapi semalam,
Otak sangat berserabut, emosi tak stabil. Ada perkara yang mengganggu perasaan. Kesannya penghasilan susu berkurang. Saya hanya dapat pam sebotol je utk bekalan hari ni. Yang lain terpaksa keluarkan stok beku. Saya dan terpikir nak start ajar Amsyar fm. Tanya En.Suami dia ckp 'ok'. Tapi hati rasa berat je. Rasa sedey. Macam nak berpisah ngn anak. Padahal bukan apa pun. Bagi fm je. Emosi je lebey. Tanya En.Suami kali kedua, dia jawab 'cuba la pam dulu'. Lain pulak jawapannya. Saya tau En.Suami pun berat hati macam saya jugak untuk topup fm kt anak. Atau dia takut nanti bajet lari nak kena beli susu anak tiap2 bulan? Hehe.. So, start arini saya akan berusaha utk mengepam semula setiap 3 jam sekali semasa di rumah. Kalo kt opis, memang tak bleh nak buat apa la. Saya tak dpt nak curi masa untuk mengepam. Dapat pam sekali tu pun, dah bersyukur. Memang lunch saya dh lama terkorban. Tapi dh jamak siap2 masa breakfast. Makan dlm kuantiti 3 kali ganda. Sila jangan tiru saya. Cara pengambilan makanan yang sihat. Heheh..

p/s Terima kasih utk En.Suami atas dinner semalam. Ketam itu sedap. Sila bawa saya lagi lain kali. Awak telah berusaha untuk menstabilkan emosi saya. Sayang awak!!

1 comment:

Unknown said...

mummy jangan cepat putus asa...ada amik supplement utk milk booster tak..insyaallah...rezeki anak sentiasa ada..