Saturday, March 5, 2011

~Penat~

Semalam adalah hari yang paling memenatkan dalam minggu ni. Bukan penat apa, tapi banyak dapat kes yang pelik tak pernah dpt kes2 mcm tu sblm ni dan perlu further checking. End up, tak dpt resolve jugak dan terpaksa buat escalation; so that orang back office akan take out that report utk investigate. Dalam 4-5 kes yang macam tu menyebabkan total call saya semalam hanyalah separuh dari hari2 biasa. Walaupun call board merah, TL bising2 suruh reduce not ready time, tapi apa yang boleh saya buat.

Semalam jugak ada personal coaching ngn QM tentang macam mana call quality dikira. Selepas coaching saya rasa sedikit down sebab mark scheme yang baru sangat strict. Kena ikut standard copc, iso, bla bla. Ouch! Salah sket mana2 or terkurang mana2, kena potong markah. Satu call saya dah di review dan saya hanya dapat 87.5%. Sangat rendah!!! Sebelum ni paling rendah pun 89.5%. Itupun sekali sehaja. Lain2 sume saya dapat 90% and above. Oh, kalo macam ni la mark scheme yang baru, saya rasa dah susah utk maintain performance saya. Huhuhu.. Baru je berangan nak dapat bonus banyak2. Lepas tu, coaching ngn TL saya pulak, cerita la kt beliau macam mana call quality dikira selepas ni. Oh, TL juga sedikit terkejut. Bukan terkejut apa, tapi terkejut sebab saya dapat rendah. Sebelum2 ni saya antara highest scorer among team members dan yang masih lagi mantain performance. Katanya, kalo saya dapat rendah, macam mana ngn team members lain dan dia risau dengan team punya performance. Ye la, kalo kami semua dapat rendah, secara tak langsung ia akan efek performance TL utk team tersebut. Hehehe.. Tak payah la risau. Saya je kot yang dapat rendah, mungkin orang lain tak macam saya. Boleh tak saya nak buat request utk longgarkan sket mark scheme yang baru tu?

Dan semalam hari jumaat, memang dapat balik awal sejam dari hari biasa walaupun saya terlewat 15 minit gara2 dapat call last minit yang agak panjang lebar pulak isu dia. Memang semalam bukan hari yang bertuah untuk saya. Huhu.. Balik tu, En.Suami ajak keluar beli barang2 keperluan rumah. Saya tak menolak. Saya memang suka berjalan. Lagipun, boleh rehatkan otak yang sarat dengan kerja2 di pejabat. End up, saya tidur seawal pukul 8 malam sama2 dengan Amsyar. Sangat penat! Apa kes, orang lain malam minggu tido lambat, tapi saya terbalik plak. Tapi saya bangun seawal 4 pagi sebab lapar. Lepas ni nak sambung tido semula join 2 orang buah hati aka guard saya ;p

2 comments:

Unknown said...

keje mmg penat!!! hehe...

~AkMa~ said...

tak keje pun penat jugak kalo dok saje. hihi..