Monday, April 18, 2011

Quick update

Dah lebih sebulan tak update blog.. Punca utama mood utk update tiada. Campur ngn malas dan buat2 sibuk tak sempat nak bukak blog.

Latest update about Amsyar:
1. Amsyar dah 8 bulan. Dah boleh merangkak slow2.
2. Semalam discover tumbuh sebatang gigi sebelah bawah.
3. Makan bubur nasi + carrot setiap hari tanpa jemu.
4. Genap umur 7 bulan, Amsyar dah diperkenalkan dengan Isomil.
5. Dah 3 minggu Amsyar reject direct bf. Part ni paling sedih. Rasa macam anak menjauhkan diri dari kita.
6. Hanya susu ibu + bubur dibekalkan ke taska setakat ni. Isomil hanya diberi semasa berada di rumah. Tapi mungkin akan dibekalkan isomil sedikit masa lagi sebab hasil pam dah tak sebanyak mana dan stok beku pn makin susut.
7. Sebelum ni berat badan statik, kadang2 turun. Sejak 2-3 minggu ni sangat kuat menyusu. 1 hingga 2 jam sekali bangun menyusu. Harap berat boleh naik semula.


~Mood adalah untuk bercuti~

Nota kaki : Wishlist pertama sudah tercapai. Terlewat dari tarikh yang dijangka sebab bahagian approval sangat ketat. Lebih 3 kali propose baru lulus. Tu bukan mintak sponsor dari En.Approval. Kalo mintak sponsor agak2 5 tahun lagi pn belum tentu lulus. Haish, kalo begini ketat bahagian approval nampak gaya 3 lagi wishlist tu kena postpone tahun lain la gamaknya.

Wednesday, March 9, 2011

27


HEPI BESDAY TO ME!!!!!

p/s ~ This is an auto publish entry

Monday, March 7, 2011

Jika Emosi Tidak Stabil Maka Penghasilan Susu Akan Turut Merundum

Sabtu...
Tiba2 mood rajin datang membuak2. Seharian kemas dan bersih rumah. Berkilat2 gitu. Hehe. Mujur ada En.Suami yang tolong tengokkan Amsyar. Amsyar kena monitor 24 jam. Sangat lasak. Rekod terkini; 3 kali jatuh dari tempat tidur. Huhu..

Tapi semalam,
Otak sangat berserabut, emosi tak stabil. Ada perkara yang mengganggu perasaan. Kesannya penghasilan susu berkurang. Saya hanya dapat pam sebotol je utk bekalan hari ni. Yang lain terpaksa keluarkan stok beku. Saya dan terpikir nak start ajar Amsyar fm. Tanya En.Suami dia ckp 'ok'. Tapi hati rasa berat je. Rasa sedey. Macam nak berpisah ngn anak. Padahal bukan apa pun. Bagi fm je. Emosi je lebey. Tanya En.Suami kali kedua, dia jawab 'cuba la pam dulu'. Lain pulak jawapannya. Saya tau En.Suami pun berat hati macam saya jugak untuk topup fm kt anak. Atau dia takut nanti bajet lari nak kena beli susu anak tiap2 bulan? Hehe.. So, start arini saya akan berusaha utk mengepam semula setiap 3 jam sekali semasa di rumah. Kalo kt opis, memang tak bleh nak buat apa la. Saya tak dpt nak curi masa untuk mengepam. Dapat pam sekali tu pun, dah bersyukur. Memang lunch saya dh lama terkorban. Tapi dh jamak siap2 masa breakfast. Makan dlm kuantiti 3 kali ganda. Sila jangan tiru saya. Cara pengambilan makanan yang sihat. Heheh..

p/s Terima kasih utk En.Suami atas dinner semalam. Ketam itu sedap. Sila bawa saya lagi lain kali. Awak telah berusaha untuk menstabilkan emosi saya. Sayang awak!!

Saturday, March 5, 2011

~Penat~

Semalam adalah hari yang paling memenatkan dalam minggu ni. Bukan penat apa, tapi banyak dapat kes yang pelik tak pernah dpt kes2 mcm tu sblm ni dan perlu further checking. End up, tak dpt resolve jugak dan terpaksa buat escalation; so that orang back office akan take out that report utk investigate. Dalam 4-5 kes yang macam tu menyebabkan total call saya semalam hanyalah separuh dari hari2 biasa. Walaupun call board merah, TL bising2 suruh reduce not ready time, tapi apa yang boleh saya buat.

Semalam jugak ada personal coaching ngn QM tentang macam mana call quality dikira. Selepas coaching saya rasa sedikit down sebab mark scheme yang baru sangat strict. Kena ikut standard copc, iso, bla bla. Ouch! Salah sket mana2 or terkurang mana2, kena potong markah. Satu call saya dah di review dan saya hanya dapat 87.5%. Sangat rendah!!! Sebelum ni paling rendah pun 89.5%. Itupun sekali sehaja. Lain2 sume saya dapat 90% and above. Oh, kalo macam ni la mark scheme yang baru, saya rasa dah susah utk maintain performance saya. Huhuhu.. Baru je berangan nak dapat bonus banyak2. Lepas tu, coaching ngn TL saya pulak, cerita la kt beliau macam mana call quality dikira selepas ni. Oh, TL juga sedikit terkejut. Bukan terkejut apa, tapi terkejut sebab saya dapat rendah. Sebelum2 ni saya antara highest scorer among team members dan yang masih lagi mantain performance. Katanya, kalo saya dapat rendah, macam mana ngn team members lain dan dia risau dengan team punya performance. Ye la, kalo kami semua dapat rendah, secara tak langsung ia akan efek performance TL utk team tersebut. Hehehe.. Tak payah la risau. Saya je kot yang dapat rendah, mungkin orang lain tak macam saya. Boleh tak saya nak buat request utk longgarkan sket mark scheme yang baru tu?

Dan semalam hari jumaat, memang dapat balik awal sejam dari hari biasa walaupun saya terlewat 15 minit gara2 dapat call last minit yang agak panjang lebar pulak isu dia. Memang semalam bukan hari yang bertuah untuk saya. Huhu.. Balik tu, En.Suami ajak keluar beli barang2 keperluan rumah. Saya tak menolak. Saya memang suka berjalan. Lagipun, boleh rehatkan otak yang sarat dengan kerja2 di pejabat. End up, saya tidur seawal pukul 8 malam sama2 dengan Amsyar. Sangat penat! Apa kes, orang lain malam minggu tido lambat, tapi saya terbalik plak. Tapi saya bangun seawal 4 pagi sebab lapar. Lepas ni nak sambung tido semula join 2 orang buah hati aka guard saya ;p

Wednesday, March 2, 2011

Ulang Tahun ke 2

Fuh, ari ni genap 2 tahun saya berkhidmat di salah sebuah institusi perbankan. Paling lama dalam sejarah saya sebagai seorang yang makan gaji. Dah boleh pecah rekod. Kalau sebelum ni saya macam orang nomad; selalu cari kerja, setiap hari bukak jobstreet, sebulan sekali pegi interbiu. Hehehe... Bukan tak bersyukur dengan kerja yang sedia ada, tapi lebih kepada mencari jaminan kehidupan utk jangka masa panjang. Tempat kerja skrg adalah majikan yang ke5 sejak saya mula bekerja dalam pertengahan tahun 2006. Bayangkan, dalam 2 1/2 tahun, dah 5 kali saya bertukar kerja. Saya sangat efisien. Hehehe.. Tempoh paling pendek saya bekerja adalah 2 bulan kerja yang pertama. Sangat stress kerja di situ sebabnya banyak anjing. Saya pernah dikejar anjing2 tersebut dan saya tak akan lupa bagaimana saya menangis macam kanak2 umur 7 tahun. sangat MEMALUKAN!!!.

Saya start keje di sini 3 bulan sblm kawen. Masa tu En.Suami tunang masa tu tak brp galakkan saya kerja sana. 1. sebab kerja shift 2. kontrak. Lagipun kawan En.Suami ada bekerja di tempat sama. Menurut beliau, kebiasaannya lps 6 bulan, 70% akan resign sbb tak tahan tekanan. Tp sy bertekad utk terima offer. Sbb bila pikir balik, kalo saya tak terima nnt saya tetap akan sama mcm sebelum2 tu, setiap hari cari kerja. Alang2 dapat company best bagi saya best la, apa kata saya cuba dulu. Mana tau mmg rezeki saya di situ.

Ingat lagi conversation masa interview tu;
Interviewer : Why u choose to work at Maybank?
Me : Because i want to have opportunity to work in an establish organisation.

Giler gamble jawab. Dan hari interview tu saya hampir nak balik sebelum sampai turn interview. Bayangkan saya sampai lokasi dlm pukul 9-10 pagi, sampai turn saya utk interview pukul 6 ptg. Dengan satu hari tak makan mmg tak lalu nak makan selagi tak sampai turn interview, penat berdebar pn ada. Sampai satu tahap, berdebar pn hilang gitu je sebab penat nak berdebar. Haha.. Tapi ok jugak turn saya lewat, sbb banyak tips saya dapat dari candidate yg dh selesai. Lepas interview, saya terus diberi surat medical check up. Yeay!! Esok tu, trus hantar surat resign dengan confident walaupun offer letter blom dapat. Yakin sungguh. Kalo la medical check up fail, jobless la jawabnya.

Saya daftar kerja dalam 1 group, 15 org sekali masuk. 1st day kerja, terus dengar citer tak best yang company susah nak absorb permanent. Samaada renew contract or end contract. Kecuali kalo kita memang betul2 perform dan fasih Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin? Memang tak la saya. Nak bilang 1-10 tu bleh la, tapi pronounce pn tak berapa btol. Haha. Hmm.. takpela. Saya berusaha la selagi yang boleh. Lagipun kalo saya ada kat company lama, saya still akan cari kerja lain. Atleast, tempat baru salary dia more higher walaupun benefit lain takde utk contract staff. Saya training dalam 2-3 bulan camtu. Giler heaven. Macam nak training selama2nya. Sedang elok abes training, saya cuti kawen. Habis AL saya. Jealous dengan permanent staff, ada peruntukan cuti kawen 14 hari.Huhu. Lepas 6 bulan, group saya tinggal 5 org saje. 2/3 dah resign. Dari sehari ke sebulan, dari sebulan ke setahun. Akhirnya contract saya diperbaharui. Lepas renew contract, baru declare yang saya pregnant. Gara2 takut tak renew contract. Setahun 6 bulan saya berkhidmat, saya diserap sebagai permanent staff. Sedang elok lepas 4 hari saya bersalin. Rezeki anak. Alhamdulillah. Ikut plan asal nak resign dan cari kerja lain lepas bersalin, tapi bila dh dapat title permanent, trus plan dikansel. hehe. Sekarang saya pun dah tak kerja shift lagi. Boleh beri lebih tumpuan kepada family.

Saya bertekad inilah majikan yang terakhir sehingga saya bersara, Insha-Allah. Walaupun setiap hari kena berhadapan dengan 1001 ragam manusia, saya akan cuba sebaik mungkin utk memberi khidmat yang terbaik. Ceewah, nampak macam pekerja yang berdedikasi. hahaha.. Ok la. Saya mengaku sebab saya nak bayarannya. Tapi kira orait la tu. Kalo saya perform kerana utk diri sendiri, secara tak langsung bagi faedah kpd company jugak kan? :p

Wednesday, February 23, 2011

-_-

SAYA.TIADA.MOOD.

Friday, February 18, 2011

Wish List 2011

Ada beberapa gadgets yang saya aim untuk tahun ni. Akan berusaha utk dapatkannya.

1. Camera
Dalam byk2 wishlist saya, ini yang priority dan mungkin akan beli yg ini dahulu. Dah lama nak beli camera sendiri. Sejak pregnant lagi niat nak beli sebab nak capture semua gambar Amsyar sejak lahir sampai skrg. Tapi En.Suami suruh guna dia punya saje. Bukan tak nak guna dia punya, tapi kalo boleh tak nak campur dgn kerja2 En.Suami sebab camera tu juga utk tujuan kerja2 suami. Lagipun, camera tu dh nampak mcm weng sket. Mungkin saya betul2 kena beli baru utk tujuan sendiri sahaja, tak campur ngn urusan kerja lain.

2. Henpon
Ye, saya mau henpon baru. Henpon saya skrg sudah agak kritikal keadaannya. Suka2 dia on off sendiri. Kadang2 tengah urgent nak guna, time tu dia nak main2 on off on off. Dan ada satu button dah tercabut. Huhu. Kesian saya. Masih lagi survey jenis apa yang berkenan. Idaman hati nak Samsung Galaxy, tapi En.Suami cakap kena subscribe utk internet. Betul ke? Dan saya guna henpon hanya utk call dan sms saje. Tapi dah kalo bleh guna internet sekali, bagus jugak kan?? Berbaloi ke? Bayar monthly charges, entah2 saya tak guna pn facility tu. Hehe. Ye, saya mengaku yang skrg ni saya guna henpon hanya utk call dan sms saje. Itupn mcm henpon tak wujud saje. Most of the time, saya byk guna henpon kt opis; sms En.Suami dan standby kalo2 ada emergency call dari taska. Itupun silent 24 hours tak pernah on. Dari opis (mmg kena silent) sampai balik umah pun malas nak on balik. Biasanya tiada orang call atau sms saya kecuali En.Suami. Tapi kadang2 tu bila time org lain call/sms, nasib la kalo terperasan. Kalo tak perasan, jawabnya esok atau hari lain la saya reply. Sebab tu la henpon jadi keutamaan yg kedua selepas camera walaupun henpon saya dah bleh dikategorikan sebagai nazak :-)

3. Convection Microwave Oven

Saya nak menda ni!! Betol ke ni? Dah la masak pun tak berapa nak rajin. Nak menghabiskan duit je lebih. Tapi bila dah ada, confirm la kerajinan tu akan datang, btol tak? Tehehehe... Ayat nak mensedapkan (eh, btol ke spelling) hati. Dan saya nak yang bleh panaskan makanan + buat kuih sekali + bubur untuk Amsyar :-) Mari cek akaun bank dulu. Oh, bukan sekarang. Kena tunggu dapat duit bonus dulu ar. Heheh..

4. Vacuum

Walaupun setakat ni rumah saya memang takde carpet, tapi nak jugak ada vacuum. Bleh jugak vacuum sofa kan?

Selingan : Ok ke eh ada carpet? Saya rasa buat masa ni macam tak sesuai je ada carpet. Takut Amsyar kena asma. Saya perasan kalo setiap kali balik umah MIL (mmg banyak pasang carpet), Amsyar akan start batuk sampai beberapa hari. So, kami laki bini assume sebab carpet tu. Hmm.. tunggu Amsyar besar sikit la. Atau tunggu pindah umah baru. Sekarang ni kami hanya guna tikar biasa saje.